Koleksi Buku-Buku Bimbingan Keluarga, Motivasi Diri, Bimbingan Pelajar, Bimbingan Rohani, Novel dan Koleksi Dari Indonesia
Tuesday, June 19, 2012
Majalah Solusi
Isu perdana majalah bertajuk SOLUSI ini sudah berada di pasaran bermula dari Ogos 2008. Ia difahamkan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Antara faktor penarik majalah ini ialah fokus utamanya iaitu fardu ain dan motivasi menjadikan skop perbincangan setiap isu serta isi kandungannya menjadi sangat luas dan menarik untuk diperdebatkan. Antara topik yang dibincangkan setiap bulan ialah tauhid, fiqah, perniagaan (muamalat), perkahwinan (munakahat), tafsir al-Quran, kekeluargaan, isu remaja, seks, dan pelbagai lagi. Seterusnya, para kolumnis yang prolifik dan berwibawa menjadi salah satu nadi kekuatan utama majalah ini. Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Ustazah Siti Nor Bahyah, Ustaz Zahazan Mohamed, Dr. Irfan Khairi, Ustaz Zaharuddin , Dato' Dr. Mahmood Zuhdi, Haji Muhammad Zakaria, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan Ahmad Fadzli Yusof adalah antara nama-nama yang tidak asing dalam dunia motivasi dan keagamaan di Malaysia (Ustaz Zaharuddin, 2010)[dapatkan majalah]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment